Thursday, 28 April 2016

Sayangku (':

Sabarlah sayangku,

Cuma beberapa minggu lagi akan ku langkah keluar dari tempat ini,
Pergi meninggalkan semua yang pernah aku cintai,
Selepas itu suara ini tidak lagi kau dengari, aku janji.
Yang tinggal cuma kenangan dan ingatan kita di taman ini.

Mungkin aku tidak layak untuk membuka mulutku,
Apatah lagi untuk kita bersua dan bertemu,
Namun pintaku cuma satu dari kamu untuk aku,
Hayatilah kata-kata akhir ini dari aku buat kamu.


Maaf sayangku,

Aku tahu aku bukan yang terbaik buat dirimu,
Banyak cacat cela, terasa hina diri aku,
Namun aku hanya manusia yang tidak semuanya tahu,
Tidak gagah, tidak hebat, tidak sempurna di mata kamu.

Terlalu banyak kesilapan yang telah ku lakukan padamu,
Ada yang jelas, ada juga yang tidak sebegitu,
Aku hanya ingin memohon maaf padamu,
Kalau tak sudi, engkau takkan lagi ku ganggu.


Tenanglah sayangku,

Aku harap kau kan tenang tanpa keliru,
Jangan terlalu sibuk bekerja sehingga alpa kelilingmu,
Jaga diri, jaga hati, jangan lupa Allah yang satu,
Hidup dunia hanya sementara menanti tiba saat waktu.

Titisan air mata bangganya seorang ibu,
Tidak ada yang lebih bernilai di dunia selain itu,
Aku tahu semua yang engkau lakukan hanyalah untuk ibu,
Semoga impian engkau itu menjadi kenyataan buatmu.


Bangunlah sayangku,

Jikalau engkau terjatuh di tengah jalan,
Jangan gusar kerana itulah lumrah kehidupan,
Hidup ini memang akan penuh dengan ujian,
Tetapi Allah tidak akan uji lebih dari kemampuan.

Aku tahu betapa hebatnya kamu,
Hebat sehingga aku terjatuh cinta padamu,
Kejarlah, genggamlah, hayatilah cita-citamu,
Kerna ku yakin kau kan capai semuanya itu.


Sayang,

Sekian sahaja nukilan aku buat kamu,
Nukilan terakhir, air mata menemani aku,
Namun begitu jika engkau perlukan aku,
Aku kan tetap di sisi kamu kerana itu janji aku.


Shafique Danial Johari
28 April 2016
4.30 am

P/S: I love you and I miss you, I miss us so much (':