Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Tanah Terbiar

Pada suatu ketika dahulu di dalam sebuah hutan belantara terdapat sebuah kampung yang bernama Kampung Pening Amat. Kampung ini terletak jauh di pedalaman dan tersorok dari manusia dan bak kata orang-orang tua, kampung ini adalah tempat jin bertendang. Ini kerana kampung ini dikatakan agak keras dan mistik. Ramai yang telah diganggu makluk halus apabila melalui jalan ke Kampung Pening Amat ini. Di dalam kampung ini, terdapat seorang anak muda yang begitu hebat dan mahsyur bernama Salam. Salam merupakan seorang anak muda yang baru sahaja berhijrah ke Kampung Pening Amat dari sebuah kampung yang jauh dari situ. Namun begitu, orang-orang di Kampung Pening Amat belum kenal akan Salam kecuali beberapa orang sahaja. Salam seorang yang agak pemalu dan pendiam jika dia belum mengenali seseorang itu tetapi apabila masa berganti masa, Salam merupakan seorang yang amat mudah didekati dan suka membantu orang lain. Di dalam Kampung Pening Amat ini terdapat sebuah tanah terbiar yang telah usang dan

Sayangku (':

Sabarlah sayangku, Cuma beberapa minggu lagi akan ku langkah keluar dari tempat ini, Pergi meninggalkan semua yang pernah aku cintai, Selepas itu suara ini tidak lagi kau dengari, aku janji. Yang tinggal cuma kenangan dan ingatan kita di taman ini. Mungkin aku tidak layak untuk membuka mulutku, Apatah lagi untuk kita bersua dan bertemu, Namun pintaku cuma satu dari kamu untuk aku, Hayatilah kata-kata akhir ini dari aku buat kamu. Maaf sayangku, Aku tahu aku bukan yang terbaik buat dirimu, Banyak cacat cela, terasa hina diri aku, Namun aku hanya manusia yang tidak semuanya tahu, Tidak gagah, tidak hebat, tidak sempurna di mata kamu. Terlalu banyak kesilapan yang telah ku lakukan padamu, Ada yang jelas, ada juga yang tidak sebegitu, Aku hanya ingin memohon maaf padamu, Kalau tak sudi, engkau takkan lagi ku ganggu. Tenanglah sayangku, Aku harap kau kan tenang tanpa keliru, Jangan terlalu sibuk bekerja sehingga alpa kelilingmu, Jaga diri, jaga hati, jangan lup