Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Tanah Terbiar

Pada suatu ketika dahulu di dalam sebuah hutan belantara terdapat sebuah kampung yang bernama Kampung Pening Amat. Kampung ini terletak jauh di pedalaman dan tersorok dari manusia dan bak kata orang-orang tua, kampung ini adalah tempat jin bertendang. Ini kerana kampung ini dikatakan agak keras dan mistik. Ramai yang telah diganggu makluk halus apabila melalui jalan ke Kampung Pening Amat ini. Di dalam kampung ini, terdapat seorang anak muda yang begitu hebat dan mahsyur bernama Salam. Salam merupakan seorang anak muda yang baru sahaja berhijrah ke Kampung Pening Amat dari sebuah kampung yang jauh dari situ. Namun begitu, orang-orang di Kampung Pening Amat belum kenal akan Salam kecuali beberapa orang sahaja. Salam seorang yang agak pemalu dan pendiam jika dia belum mengenali seseorang itu tetapi apabila masa berganti masa, Salam merupakan seorang yang amat mudah didekati dan suka membantu orang lain. Di dalam Kampung Pening Amat ini terdapat sebuah tanah terbiar yang telah usang dan