Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Dunia

Ciptaan tuhan indah mempersona Terasa diri lemah dan hina Jangan terleka di dunia yang fana  Kelak nanti kita merana Luas angkasa tidak terkira Luas lautan tidak ku sangka Dunia ini hanya sementara  Menanti tiba syurga neraka Sehebat mana ujian Ilahi Akan ada yang lebih tersakiti Peganglah pada agama diberi Nescaya hidup kan lebih bererti Jangan terleka mainan dunia Kata manis indah semuanya Namun ingat tujuan dunia Kerana kita hamba pada-Nya shafiquedanial 03.03.13