Sunday, 3 March 2013

Dunia

Ciptaan tuhan indah mempersona
Terasa diri lemah dan hina
Jangan terleka di dunia yang fana 
Kelak nanti kita merana

Luas angkasa tidak terkira
Luas lautan tidak ku sangka
Dunia ini hanya sementara 
Menanti tiba syurga neraka

Sehebat mana ujian Ilahi
Akan ada yang lebih tersakiti
Peganglah pada agama diberi
Nescaya hidup kan lebih bererti

Jangan terleka mainan dunia
Kata manis indah semuanya
Namun ingat tujuan dunia
Kerana kita hamba pada-Nya

shafiquedanial
03.03.13

No comments:

Post a Comment