Skip to main content

Tanah Terbiar

Pada suatu ketika dahulu di dalam sebuah hutan belantara terdapat sebuah kampung yang bernama Kampung Pening Amat. Kampung ini terletak jauh di pedalaman dan tersorok dari manusia dan bak kata orang-orang tua, kampung ini adalah tempat jin bertendang. Ini kerana kampung ini dikatakan agak keras dan mistik. Ramai yang telah diganggu makluk halus apabila melalui jalan ke Kampung Pening Amat ini. Di dalam kampung ini, terdapat seorang anak muda yang begitu hebat dan mahsyur bernama Salam. Salam merupakan seorang anak muda yang baru sahaja berhijrah ke Kampung Pening Amat dari sebuah kampung yang jauh dari situ. Namun begitu, orang-orang di Kampung Pening Amat belum kenal akan Salam kecuali beberapa orang sahaja. Salam seorang yang agak pemalu dan pendiam jika dia belum mengenali seseorang itu tetapi apabila masa berganti masa, Salam merupakan seorang yang amat mudah didekati dan suka membantu orang lain.

Di dalam Kampung Pening Amat ini terdapat sebuah tanah terbiar yang telah usang dan rosak. Tanah terbiar ini juga merupakan kawasan tanah yang terbesar di kampung itu. Ramai yang telah cuba untuk memulihkan tanah terbiar itu namun semuanya telah gagal. Malah Ketua Kampung Pening Amat juga telah buntu mencari jalan untuk menghidupkan kembali tanah terbiar itu. Kalau diikutkan pada sejarah, kawasan tanah terbiar itu asalnya merupakan sebuah kawasan perdagangan yang begitu hebat di waktu dahulu namun kini segala kejayaan itu telah lenyap dan hilang ditelan arus zaman. Ketua Kampung Pening Amat telah cuba berkali-kali untuk memulihkan keadaan di kawasan tanah terbiar itu namun setiap kali dia mencuba, dia tidak berjaya. Ketua Kampung Pening Amat merupakan seorang yang begitu hebat dan sangat sayang akan kampung dan orang-orang kampungnya. Ketua Kampung Pening Amat juga mempunyai beberapa orang kanan yang dinamakan bendahara namun mereka juga telah dipenghujung jalan yang buntu. Disebabkan oleh kegagalan tanah terbiar ini, namanya telah rosak dan busuk dan dipandang rendah oleh kampung-kampung yang berdekatan.

Apabila Salam tiba di Kampung Pening Amat, orang-orang kampung yang tahu tentang Salam telah memujuk Salam menawarkan diri sebagai pengurus baharu kawasan tanah terbiar itu. Pada mulanya Salam enggan menawarkan diri kerana di Kampung Pening Amat belum ada yang tahu mengenai dirinya. Dia hendak memulakan hidup yang baharu dan mencuba benda yang baharu di situ tetapi kerana ingin menjaga hati sahabat-sahabatnya, Salam telah pergi menawarkan diri dan menghadiri sesi pemilihan sebagai pengurus kawasan tanah terbiar tersebut. Pada sesi pemilihan itu, Salam masih belum terbuka hati dan telah mendiamkan diri sepanjang pemilihan tersebut. Banyak yang telah difikirkan oleh Salam. "Bagaimana dengan keluarga aku? Bagaimana dengan tanggungjawab aku?" Soalan-soalan ini telah bermain di fikiran Salam sewaktu dia mengikuti sesi pemilihan itu. Pada ketika itu, Salam baharu sahaja menerima berita bahawa ayahnya telah jatuh sakit di kampung asalnya. Oleh itu, Salam tidak mahu mengambil jawatan pengurus itu kerana takut dia akan melepaskan batuk di tangga.

Seminggu telah berlalu daripada sesi pemilihan itu dan sewaktu Salam sedang menziarahi ayahnya yang sedang sakit, Salam telah mendapat berita bahawa orang-orang Kampung Pening Amat telah memilihnya menjadi penolong pengurus di kawasan tanah terbiar tersebut. Walaupun Salam berat hati untuk meninggalkan ayahnya namun oleh kerana tanggungjawab, dia bergegas pulang ke Kampung Pening Amat untuk berjumpa dengan orang-orang kampung. Apabila dia tiba di situ, semua orang-orang kampung telah berkumpul dan Salam adalah orang terakhir untuk tiba. Salam berasa amat segan dan malu kerana lebih lewat dari yang lain sedangkan dia sebenarnya seorang ketua di situ. Pada beberapa bulan yang pertama, Salam telah berjauhan dan tidak mampu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak buahnya di Kampung Pening Amat. Dia terpaksa mengembara keluar jauh dari Kampung Pening Amat untuk menziarahi ayahnya yang masih sakit. Pada waktu ini, sudah ada beberapa orang-orang kampung yang tidak yakin akan Salam dan mempunyai pandangan buruk terhadapnya.

Beberapa bulan telahpun berlalu namun tidak ada banyak perbezaan yang berlaku pada tanah terbiar tersebut. Tiba-tiba, pengurus tanah terbiar itu memberitahu orang-orang kampung yang beliau akan mengundurkan diri dan ingin memberi peluang kepada orang lain untuk mengusahakan tanah terbiar itu. Apabila berita ini tersebar, ramai orang-orang kampung yang turut ingin mengundur diri kerana sudah tidak percaya akan pemulihan kawasan tanah terbiar itu. Salam juga telah nekad untuk mengundur diri tetapi pada ketika ini, Salam telah didekati oleh seorang wanita yang amat akrab dengannya. Wanita itu telah memujuk Salam untuk menggantikan tempat pengurus itu demi kebaikan dan semangat sayang akan Kampung Pening Amat. Salam berasa amat berat hati namun dia telah memegang satu azam untuk menggantikan tempat pengurus itu dan memberi suntikan yang baharu. Dia juga tidak mahu mengecewakan sahabat-sahabatnya yang percaya dan bergantung harap padanya. Atas dasar semangat setia kawan, Salam telah berjumpa dengan orang-orang kampung yang masih bersamanya dan memberi semangat pada mereka untuk terus bersama dalam usaha murni mereka ini.

Beberapa minggu yang pertama sebagai pengurus baharu kawasan tanah terbiar ini, Salam telah ditimpa dengan pelbagai jenis masalah. Salam telah dikejutkan dengan berita bahawa lebih dari separuh orang-orang kampung telah putus harapan dan meninggalkan Kampung Pening Amat. Jadi antara tugas pertama Salam adalah untuk mencari orang dari kampung-kampung lain untuk bersama-samanya. Namun tugasan itu bukan satu tugasan yang mudah kerana ramai yang tahu akan kegagalan tanah terbiar ini. Tidak ramai yang ingin bersamanya dan dia tidak ada pilihan tetapi terpaksa merayu-rayu mencari orang untuk menambahkan lagi tenaga di Kampung Pening Amat. Tanpa tenaga kerja dan pasukan yang kuat, Salam tidak mampu bergerak sendirian. Akhirnya, Salam mendapat beberapa penambahan orang kampung namun tidak dapat membuat pilihan. Jumlah yang ingin menjadi orang Kampung Pening Amat terlalu sedikit dan Salam terpaksa menerima kesemuanya. Salam walaubagaimanapun tetap bersyukur kerana ada sedikit penambahan orang-orang kampung.

Tugasan kedua Salam pula adalah untuk melatih orang-orang kampung yang baru ini dengan ilmu-ilmu yang ada pada Salam. Pada ketika ini, Salam hanya mempunyai dirinya sendiri dan beberapa sahabat rapat sahaja. Ketua Kampung Pening Amat berasa amat gembira dan berbangga dengan sikap Salam dan kawan-kawannya yang sanggup bertumpah darah demi membangunkan kawasan tanah terbiar tersebut tetapi pada ketika ini, Bendahara Ketua Kampung tidak ambil kisah mengenai Salam dan rakan-rakannya. Bendahara ini lebih gemar dan sayang akan pengurus yang lama. Salam dan kawan-kawannya tidak menjadikan itu sebagai halangan dan terus bergerak kehadapan. Salam dan kawan-kawannya berpegang pada satu prinsip iaitu genggam bara api biar sampai jadi arang. Salam tidak suka akan kegagalan dan jika dia gagal sekalipun, dia ingin melalakukan yang terbaik terlebih dahulu. Salam dan sahabat-sahabatnya ingin membuktikan bahawa mereka mampu membawa perubahan dan mampu membuat suatu perkara yang gagal dibuat oleh ramai sebelum mereka.

Hari berganti-ganti, musim berlalu pergi, sedikit demi sedikit kawasan tanah terbiar tersebut telah membangun dan nampak jelas perbezaannya. Dari sebuah kawasan yang usang dan rosak, kini tanah terbiar tersebut telah menjadi sebuah tanah yang mampu didiami dan menjadi kebanggaan orang-orang di Kampung Pening Amat. Dahulu, orang-orang di Kampung Pening Amat tidak boleh bersatu dan berbincang. Mereka sering bergaduh dan bertengkar antara satu sama yang lain. Mungkin juga kerana di Kampung Pening Amat terdapat 15 jenis etnik dan puak yang berbeza. Ini antara sebab mereka tidak dapat bersatu sebelum ini. Namun, kini semuanya telah berubah dan orang-orang di Kampung Pening Amat walaupun dari etnik dan puak yang berbeza namun mampu mengibarkan satu bendera yang sama. Ketua Kampung Pening Amat begitu berbangga dengan Salam dan sahabat-sahabatnya kerana mampu mengembalikan zaman kegemilangan kawasan tanah terbiar tersebut menjadi sebuah kawasan yang sedang meniti dari bibir ke bibir orang kampung dan juga dari kampung-kampung yang lain.

Pada suatu hari, Salam telah menerima berita mengejut bahawa dia bakal berhijrah ke luar negeri untuk beberapa bulan dan tidak akan dapat meneruskan perjuangannya di Kampung Pening Amat. Lebih teruk lagi apabila seorang sahabat yang bersama-sama dengan Salam dalam usaha membaik pulih kawasan tanah terbiar itu juga akan dihantar ke luar negeri untuk beberapa bulan. Ketua Kampung Pening Amat walaupun risau dan cemas akan kehilangan dua orang yang banyak berjasa pada Kampung Pening Amat ini tetapi dia tetap memberi semangat dan menggalakkan mereka berdua untuk pergi menjelajah di muka bumi Allah yang luas ini. Tidak lama selepas itu, Salam dan sahabatnya telah berhijrah. Walaubagaimanapun, Salam begitu terharu kerana Ketua Kampung Pening Amat begitu berbangga dan menghargai usaha yang mereka telah lakukan untuk Kampung Pening Amat. Bagi Ketua Kampung itu, tanpa penat lelah dan usaha Salam dan sahabat-sahabatnya, kawasan tanah terbiar itu dan Kampung Pening Amat tidak mungkin sama sekali dikembalikan kepada zaman kegemilangannya seperti dahulu.

Namun begitu, dalam setiap kejayaan pasti akan ada manusia yang dengki akan kejayaan kita. Umpama ayam senang dalam reban, musang yang susah beredar keliling. Antara yang paling dengki adalah Bendahara Ketua Kampung kerana dia lebih sayang akan pengurus yang lama dan tidak begitu suka akan Salam. Apabila Salam sudah tidak ada, Bendahara akan memburukkan Salam dan sahabat-sahabatnya pada orang-orang kampung. Dia persoalkan mengapa orang kampung masih teringat akan Salam dan mengapa masih menyebut nama Salam. "Kenapa orang-orang kampung masih sebut nama Salam? Salam sudah tiada!". Ini telah membuatkan beberapa orang kampung sahabat-sahabat setia Salam menjadi tidak selesa namun tidak mampu untuk berkata apa-apa. Belang sebenar Bendahara baru kini dilihat dan dia semakin berkuasa semenjak pemergian Salam dari Kampung Pening Amat. Dia meracuni orang-orang kampung untuk melupakan Salam dan ingin mengubah semua yang telah dibina oleh Salam dan kawan-kawannya. Ini menjadikan kerja Bendahara itu lebih mudah kerana Salam kini berada jauh dari Kampung Pening Amat.

Beberapa orang kampung yang kecewa akan perkara ini telah menceritakan situasi yang kini terjadi di Kampung Pening Amat kepada Salam. Bendahara kini mengambil alih segala kuasa dan oleh kerana dia sudah lama bersama Ketua Kampung, Bendahara itu telah mendapat kepercayaan penuh dari Ketua Kampung Pening Amat. Ini memberi ruang kepada Bendahara itu untuk memegang takhta tertinggi di Kampung Pening Amat. Apabila Salam mengetahui mengenai berita ini, hatinya bagai ditikam, dipijak, digilis. Tidak ada perkataan yang mampu menggambarkan betapa kecewa dan sedihnya Salam pada ketika itu. Segala usaha, titik peluh Salam dan kawan-kawannya lalui bersama musnah begitu sahaja dek kerana sifat tamak seorang manusia bernama Bendahara. Pada zaman Salam dan kawan-kawannya susah, tidak ada sebarang pertolongan yang diterima tetapi apabila Salam dan kawan-kawannya telah berjaya mengembalikan zaman kegemilangan Kampung Pening Amat, mulalah campur tangan pelbagai pihak yang ingin merasa cebisan kejayaan itu walaupun tidak pernah merasa susah itu bersama. Lebih menyedihkan adalah apabila ada sesetengah daripada sabahat-sahabat Salam yang telah termakan dan bersama-bersama dengan Bendahara ini.

Salam yang kini telah berhijrah jauh di perantauan hanya mampu melihat dan membenci di dalam diam. Tidak ada apa-apa yang mampu dibuat. Hanya titisan air mata yang mengalir melihat usahanya dan kawan-kawan dirampas oleh orang-orang yang mempunyai kuasa di tangan. Segala maklumat dan perkembangan mengenai Kampung Pening Amat tidak lagi diberitahu kepada Salam. Bendahara ibarat kacang melupakan kulit membuang Salam dan kawan-kawannya dari sejarah Kampung Pening Amat. Salam sudah bagaikan tidak pernah wujud di Kampung Pening Amat itu. Inilah dia permainan dunia yang fana ini. Semuanya mampu berubah dek kerana wang dan kuasa. Ramai orang yang ingin kaya dan berjaya tanpa berusaha dan akan ada golongan yang tertindas apabila berlakunya rampasan kuasa. Kini barulah Salam sedar akan pengorbanan sebenar yang dilalui oleh nenek moyangnya suatu ketika dahulu. Lembu punya susu, sapi dapat nama. Nenek moyangnya yang berusaha namun hasilnya mengalir ke tangan yang lain. Walau bagaikan retak seribu di hati, kini Salam hanya melihat dari jauh, membisikkan rindu walau lumpuh, membiarkan titik peluhnya runtuh.

*berdasarkan sebuah kisah yang benar

Comments

Popular posts from this blog

What I Think About Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT)

Assalamualaikum and hello to all my readers, Well today will be my first time posting a REAL post on my blog (sebelum ni asyik copy paste jee hahaa :P ). To me, this is a good way to actually improve your writing skills. It doesn't matter if its in English or in Malay, as long as there is an improvement it is definitely more than okay! Today I would like to write what I think about the latest "hot topic" out there which is the LGBT case. Apparently a few days ago the Malaysian Ministry of Education came out with a list "Guidelines to identify gays and lesbians". I've searched on google but I can't seem to find any photo of that list from the Ministry itself, instead the most popular photo with the highest SEO apparently seems to be this photo from malaysiakini. Malaysiakini is a Malaysian opposition prone website. Well known with spreading negative stories about the Government and sorry to say, to them (the opposition) everything that the BN Go

A Virtual Cheers!

Abah passed away a few months back and yesterday was 3 months to be exact however, there are certain family members and close friends that have been wondering do I grief? do I cry? do I allow my sadness and sorrow to flow out naturally? Of course, I’m only human so I definitely do. I do grief when I recall a certain memory of my Dad but I just don’t share, I do cry but I prefer to cry alone instead of in public and I think that’s just the way I am. I may be a social butterfly and can instantly crack a joke or start a conversation with almost anyone but deep down, I very much prefer things to be very private. Maybe part of it subconsciously, was because I grew up in a very conservative malay family and being the eldest grandchild on both my paternal and maternal sides I used to spend a lot of time with the older ladies. I learned my way to become the best communicator. If you’ve watched Crazy Rich Asians before, imagine the scene where they were doing dumplings at the dining table well

Friends, College & A Whole New Beginning

Assalamualaikum and greetings to all my readers! Today I feel like writing something about myself and the people around me. People whom I care about and people who mean something to me. Actually, I am a person who loves being around a lot of people and I think most of my friends know that. Furthermore, they also know for a fact that I love to talk! I love telling stories and sharing my opinions with people. My friends will actually come to me and ask for opinions, support, and at times they even turn to me as a shoulder to cry on. It gives me great joy and happiness just by solving other peoples problem and turning their frown into a smile. But if I'm to write about every single one of them, I'm afraid it'll take forever and when it comes to the 3rd or 4th paragraph, all my readers will already be asleep haha! So for this very post I'm just gonna talk about my life in college and so I gave it the title "Friends, College & A Whole New Beginning." Now why