Sunday, 16 September 2012

Selamat Hari Malaysia!


16 September merupakan tarikh yang istimewa kerana ia merupakan satu tarikh yang amat bersejarah dan bermakna dalam diri seorang rakyat Malaysia. Ini kerana ia mengingatkan kita tentang tarikh penubuhan Persekutuan Malaysia iaitu pada 16 September 1963. Pada tarikh inilah Sabah, Sarawak dan Singapura telah bergabung bersama Tanah Melayu untuk menubuhkan sebuah negara Malaysia yang aman damai dan berbilang kaum yang dapat kita lihat pada hari ini.

Hampir 50 tahun telah berlalu, banyak perubahan dan penambahbaikan yang telah dapat kita lihat. Biarpun dari segi infrastruktur mahupun dari segi ekonomi, semuanya telah berkembang secara positif agar kita dapat mencapai misi kita bersama iaitu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Di kesempatan ini juga, saya berharap agar rakyat Malaysia akan terus bersatu sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan tidak memberi peluang kepada mana-mana pihak yang cuba menjejaskan persaudaraan kita ini. Semoga persaudaraan Malaysia kita ini akan kekal buat selama-lamanya. Selamat Hari Malaysia!

No comments:

Post a Comment